
Warna baru anak tudung Nara ni ialah : kat bawah skali tu Green Turqoise dan yang kat tengah tu Beige. Yang atas sekali ialah cream (untuk perbandingan dengan warna Beige sahaja). 2 warna baru ni ‘Selling Fast‘ , jadi kepada sesaper yang menempah mungkin lambat ckit dapat kaler ini, sebab tukang jahit kami sedang berusaha keras bagi memastikan kaler-kaler ni sentiasa ada stok, termasuk juga kaler-kaler lain. Harap bersabar yer. Untuk makluman warna cream juga tinggal beberapa helai sahaja . Kepada sesaper yg dah menempah dan akan menempah warna cream , kami akan maklumkan status stok berdasarkan ‘First Come First Served’. Selamat bershopping…
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah

Salam semua,
Pihak ButikNara ada terima beberapa email bertanyakan status penghantaran bungkusan tempahan yang anda beli di ButikNara. Di sini kami ingin memaklumkan bahawa apabila stok ready untuk dipos pihak ButikNara akan memaklumkan hari & tarikh ia dihantar beserta no rujukan PosLaju@ PosEkspress.
Ini adalah kerana , pihak kami nak anda tahu bahawa pihak ButikNara benar-benar komited dengan segala urusan dan servis yang terlibat sehinggalah anda menerima bungkusan tersebut. Kepuasan anda adalah keutamaan kami seiring dengan tema ButikNara “Mari Bershopping Secara Berhemah”. Kami juga ingin memberi servis yang terbaik kepada anda.
Walaubagaimanapun, perkara-perkara diatas bergantung juga kepada faktor-faktor luar seperti servis yang diberikan oleh pihak PosMalaysia. Sekiranya bungkusan mengalami kelewatan atau kehilangan semasa proses penghantaran ia adalah diluar bidang kuasa kami. Apa-apa pun kami di ButikNara berharap semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku.
Disini kami ingin berikan hyperlink dimana anda boleh Jejak & Kesan bungkusan tempahan anda. Sekiranya anda ingin mengetahui status bungkusan tersebut, sila klik link dibawah dan ikut arahan seterusnya.
Jejak Dan Kesan Bungkusan Anda
ataupun anda boleh hubungi Pos Hotline 1 300 300 300 untuk dapatkan bantuan daripada pihak Pos Malaysia.
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah


Warna baru ni kami namakan Purple Pekat dan Yellow Mustard. Selamat bershopping.
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah
