Salam kak,
Saya Irdawaty. Saya dah dapat anak tudung cotton tu. Suka sangat. Nak gitau pengalaman sket..hehe..Before ni saya pernah beli anak tudung nara 3 helai. Selalu pakai ngan tudung syria. Sangat selesa. Tapi hari ni nak gi keja nak pakai tudung bawal cam biasa je. Before ni pakai tudung bawal ngan anak tudung putih biasa tu (brand minna ke apa). Coz anak tudung u cepat longgar saya selalu ketatkan and bubuh kerongsang kat belakang. Leceh and sangat menyakitkan telinga coz terlalu ketat.Bila bukak tudung nampak lekuk hat dahi and kat telinga. So hari ni tiba2 terpikir nak try guna anak tudung nara (kat dalam je) ngan tudung bawal. Guess what.. sangat sangat selesa, sejuk dan langsung xmenyakitkan telinga. Rasa cam xpakai anak tudung tau. Tak longgar tapi tak ketat. Terletak je.Rambut xkeluar2, sangat kemas and kepala nampak terbentuk cantik je. Conclusion, anak tudung nara sangat best and multipurpose ok… I like…
Thanks a lot kak….
ButikNARA:~ Terima Kasih Waty diatas compliment anda. Dengan sokongan anda ni, kami akan terus mempertingkatkan lagi mutu produk dan servis ButikNARA.
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah

ok….semua peminat-peminat ButikNara, layaannns dulu gambar-gambar masa shooting kat “????”……….kat media mana keluar…….itu surprise……tungguuu…….
MAKE UP by Najwa REDGLOW

tudung pink ni tudung syria lycra, keluaran ButikNara. coming ...


maxi dress/skirt ni ada lagi 1, kaler lain skit ~for sale~~


gaya pos yg takkan masuk suratkhabar..gambar tak clear lah pulok

tenaga2 belakang tabir ButikNara.com ya. ada lagi sorang - my mum.
Harap-harap, lepas keluar dalam media tu nanti, ButikNara dapat promosikan produk-produk ButikNara terutama sekali Anak Tudung NARA secara WorldWide….errggghhh tingginya harapan….ok ker?…..oklah kan…cita-cita mesti ada….Yang penting, pelanggan-pelanggan setia ButikNara pun glamer juga…sebab memakai produk ButikNara…
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah

Semalam , ButikNara ada mendapat satu komen/tawaran daripada wartawan suratkhabar terkenal yang berbunyi :
“Salam. sy ***** wartawan segmen fesyen dari *** (suratkhbar mainstream), nampak tudung yg dijual di butik Nara ni cantik2, kalau cik/puan minat nak feature dalam paper kami boleh hubungi saya di talian *******. tk.”
Sedikit terkejut, tapi gembira sesangat sebab website ButikNara semakin dikenali dan mendapat perhatian pelbagai kalangan pembaca. Kami rasa sangat teruja dan dihargai. Terima Kasih kepada wartawan kerana memberi tawaran undangan kepada pihak ButikNara untuk membuat liputan mengenai perniagaan kami.
Kami akan jadikan ia sebagai satu semangat untuk terus memajukan bisnes ButikNara . Insyallah kami akan menghubungi anda untuk sesi liputan ini.
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah

Salam semua,
Pihak ButikNara ada terima beberapa email bertanyakan status penghantaran bungkusan tempahan yang anda beli di ButikNara. Di sini kami ingin memaklumkan bahawa apabila stok ready untuk dipos pihak ButikNara akan memaklumkan hari & tarikh ia dihantar beserta no rujukan PosLaju@ PosEkspress.
Ini adalah kerana , pihak kami nak anda tahu bahawa pihak ButikNara benar-benar komited dengan segala urusan dan servis yang terlibat sehinggalah anda menerima bungkusan tersebut. Kepuasan anda adalah keutamaan kami seiring dengan tema ButikNara “Mari Bershopping Secara Berhemah”. Kami juga ingin memberi servis yang terbaik kepada anda.
Walaubagaimanapun, perkara-perkara diatas bergantung juga kepada faktor-faktor luar seperti servis yang diberikan oleh pihak PosMalaysia. Sekiranya bungkusan mengalami kelewatan atau kehilangan semasa proses penghantaran ia adalah diluar bidang kuasa kami. Apa-apa pun kami di ButikNara berharap semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku.
Disini kami ingin berikan hyperlink dimana anda boleh Jejak & Kesan bungkusan tempahan anda. Sekiranya anda ingin mengetahui status bungkusan tersebut, sila klik link dibawah dan ikut arahan seterusnya.
Jejak Dan Kesan Bungkusan Anda
ataupun anda boleh hubungi Pos Hotline 1 300 300 300 untuk dapatkan bantuan daripada pihak Pos Malaysia.
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah

Dengan sukacitanya kami maklumkan bahawa website terbaru ButikNara ;
Anda boleh melihat semua jenis/warna tudung yang ada, dengan lebih mudah lagi.
Untuk order, anda boleh register di website baru atau pon boleh email sahaja ke butiknara.com.
Website ini masih juga akan di update…anda boleh menggunakan kedua-dua website.
terima kasih semua ….
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah


Hiii, just nak update semua , stok Kain Cotton Viscose dan Tudung Corak Thaik Silk ~~~~ SOLD OUT. Tq so much kepada semua pelanggan tetap ButikNara yang telah berShopping di sini.
ButikNara akan inform sekiranya terdapat stok-stok baru untuk Kain dan Tudung Corak yang cantik dan menarik.
Terima Kasih,
Mari Bershopping Secara Berhemah

Kami dari ButikNara ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminat BeautifulNara kerana dengan sokongan anda kami akhirnya dapat membuka butik online ButikNara.

Penubuhan ButikNara adalah bagi membolehkan anda dapat membeli-belah dengan selesa dan memperolehi produk yang berkualiti serta murah. Jimat masa dan kos.
ButikNara menawarkan produk setanding dengan produk-produk berjenama tetapi pada harga yang sangat berpatutan. ButikNara akan mempelbagaikan produk jualan dari semasa ke semasa bagi mengikut pasaran dan trend fesyen terkini. (Contoh seperti brooch , kain , aksesori dan pelbagai)
Sokongan berterusan daripada anda diperlukan bagi meningkatkan dan memajukan perniagaan ButikNara supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua.
Jualan produk ButikNara yang pertama ialah Tudung. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli-belah di ButikNara.
Pesan kami, sambil bergosip di BeautifulNara, jangan lupa SINGGAH ke ButikNara.