contoh gambar anak tudung Nara…
kami juga ada mengeluarkan warna terbaru, boleh order dulu, tapi akan dipos pada hari isnin minggu depan…
1. Pengumuman untuk Noriada binti Othman : kami telah banyak kali untuk reply emel Noriada berkenaan tempahan anak tudung NARA. Tetapi emel noriada@alamflora.com telah reject. Sila beri alternatif emel sekiranya nak proceed dengan tempahan ini. TQ
2. No. Pendaftaran Syarikat ButikNara ~ SA0147233-T

JUALAN BUTIKNARA:
[1] Tudung LYCRA PLAIN (Size M) ~ RM33 sehelai.
[2] Tudung LYCRA PLAIN (Size L)~ RM35 sehelai.
[3] Tudung LYCRA PLAIN (Size XL)~ RM38 sehelai.
[4] Tudung LYCRA PLAIN (Size XXL) ~ RM43 sehelai.
[5] Tudung LYCRA KOTAK Thai Silk ~ RM38 sehelai.
[6] Tudung LYCRA CORAK Thai Silk ~ RM45 sehelai.
[7] Fabrik/Kain Cotton VISCOSE ~ RM75 sehelai.
[8] SmartCollectionPerfumes ~ RM30 sebotol (15ml)
[9] Anak Tudung Cotton (Syria) ~ RM7 sehelai.
[10] Anak Tudung NARA ~ RM9 sehelai.
1.Harga stok yang tertera tidak termasuk kos-kos lain seperti kos penghantaran.
2.Pertukaran dan Pemulangan stok yang dibeli adalah tidak dibenarkan.
3.Pihak Admin ButikNARA tidak bertanggungjawab diatas kerosakan dan kehilangan stok semasa proses penghantaran.
4.Sila layari ruangan Promosi untuk mendapatkan harga diskaun. Diskaun akan diberi kepada anda berdasarkan kriteria-kriteria yang akan ditetapkan.
1. Pilih produk / item yang anda suka.
2. Selepas pilihan dibuat, isikan maklumat dan butiran di dalam Borang Tempahan.
3. Tunggu maklumbalas daripada Admin ButikNARA untuk semakan stok (samada masih ada atau tidak).
4. Email Pengesahan akan dihantar kepada anda berkenaan stok berserta jumlah kos yang perlu dibayar.
5. Selepas anda menerima Email Pengesahan tersebut ,sila buat pembayaran ke dalam Akaun Maybank atau CimbBank yang akan dihantar melalui Email Pengesahan tersebut. Sila masukkan email_id butiknara@gmail.com semasa perbankan online dibuat.
6. Maklumkan kepada kami melalui email selepas pembayaran telah dibuat beserta dengan bukti pembayaran
Bukti pembayaran adalah seperti :
i. Reference No
ii. Snapshot Perbankan Online (Sekiranya perbankan online)
iii. Nama Bank
iv. Tarikh Pembayaran
v. Masa Pembayaran
7. Pihak Admin ButikNARA akan menyemak rekod pembayaran, sekiranya sah dan diterima, kami akan terus buat proses penghantaran stok ke rumah anda.
Mari Bershopping Secara Berhemah
~Anak Tudung NARA
~Anak Tudung Cotton (Syria)
~Tudung Lycra Plain (M,L,XL,XXL)
~Tudung Lycra Kotak Thai Silk
~Tudung Lycra Corak Thai Silk
~Tudung Syria
~Smart Collection Perfumes
~Victoria Body Mist
~Chiffon Skirt
~Brooch
~Kain / Tekstil / Fabrik
~Aksesori
~Jubah
~Blaus
~Maxi Dress

# ButikNara menyediakan kemudahan membeli-belah secara online. Dengan ini anda tidak perlu lagi menunggu dihujung minggu atau mengambil cuti untuk keluar berShopping.
# Selain itu anda juga tidak perlu lagi bersesak-sesak di kawasan kedai ketika bershopping. Untuk ibubapa yang ada anak kecil, memang susah nak keluar semata-mata untuk membeli-belah.
# Anda tidak perlu lagi mengeluarkan kos pengangkutan seperti tambang, minyak kereta, tol, parking, dan macam-macam lagilah kos. Kos yang perlu anda tanggung hanyalah kos penghantaran/pos sahaja. Malah kos penghantaran yang kami caj adalah rendah berbanding kos penghantaran sebenar.
# Anda akan mendapat produk berkualiti setanding dengan barangan berjenama pada harga yang berpatutan. Anda juga masih berpeluang mendapatkan harga diskaun. ButikNara sentiasa melancarkan Promosi dari semasa ke semasa.
# Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah walaupun berada dimana sahaja, pejabat ,rumah tanpa mengira waktu.
# ButikNara adalah butik online yang menjual produk dengan harga yang SANGAT-SANGAT MURAHHHH. Tiada keraguan dan anda tidak perlu was-was.

# Elakkan mencuci menggunakan 'Washing-Machine'. Confirm tudung akan rosak.
# Cara terbaik adalah mencuci secara 'Dry-Cleaning'. Kalau rasa-rasa mahal dengan cara ni, anda boleh cuci secara 'Hand-Wash' dengan menggunakan sabun lembut seperti syampu atau sabun badan.
# Celupkan Tudung ke dalam air sabun dan angkat, kemudian celup ke dalam air biasa untuk bilasan. Pegang AWNING dengan berhati-hati dan perah bahagian kain tudung sehingga air pada kain tudung berkurangan.
# Sebaik sahaja siap, sidai tudung tersebut dengan menggunakan penyepit pada kain tudung, manakala bahagian AWNING dalam kedudukan jatuh kebawah.
# Jangan sesekali menggunakan bahan peluntur untuk menghilangkan kotoran. Anda boleh gosok menggunakan jari dengan perlahan-lahan untuk menghilangkan kotoran tersebut.
# Untuk menyimpan tudung, sebaiknya ia dilipat dengan betul.Hanya kain tudung sahaja dilipat. Jangan lipat AWNING kerana ia boleh menyebabkan patah dan tidak terbentuk sempurna sekiranya nak dipakai semula.
# ButikNara sarankan anda boleh beli tempat gantung khas untuk tudung. Jadi anda tidak perlu lipat. Lepas kering terus je gantung kat situ.
# Kain lycra selalunya tidak perlu selalu digosok kerana ia fabrik tidak mudah kedut. Sekiranya perlu, boleh gosok di bahagian kain tudung pada kadar suhu sederhana sahaja.
contoh gambar anak tudung Nara…
kami juga ada mengeluarkan warna terbaru, boleh order dulu, tapi akan dipos pada hari isnin minggu depan…